Jumaat, 29 April 2011

Berita Gaharu Utusan Malaysia 10/08/2009

Institut selidik gaharu dibina Perlis?

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Persatuan Gaharu Malaysia (PGM) berhasrat untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Gaharu tempatan agar usaha dapat digiatkan bagi menyelidik dan mengembangkan industri gaharu di negara ini.

Pesidennya, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail berkata, institut itu perlu kerana industri gaharu mempunyai potensi untuk berkembang pesat dan menjadi salah satu kegiatan yang mampu menjana ekonomi negara.

''Institut itu dicadangkan dibina di Perlis kerana berhampiran dengan kawasan penanaman pokok gaharu yang luas seperti Thailand, Laos dan Kemboja.

''Kami akan berbincang dengan negara-negara luar sebelum memulakan proses menubuhkan institut tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Selain itu, Syed Razlan berkata, penubuhan PGM juga bertujuan menjaga kepentingan para pengusaha pokok gaharu dan memberi tunjuk ajar kepada mereka.

''Penanaman gaharu boleh membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan jurang kemiskinan luar bandar secara menggalakkan penanaman gaharu di tanah-tanah terbiar atau tanah persendirian berkeluasan kecil.

''Pokok gaharu mampu memberi pulangan yang tinggi, tidak memerlukan penjagaan rapi dan mencegah kepupusan spesies gaharu di hutan,'' jelasnya.

Syed Razlan berkata, melalui PGM, ahli-ahlinya dipastikan mendapat perlindungan daripada segi penjualan hasil gaharu selain pensijilan diberikan untuk memudahkan urus niaga dilaksanakan.

''PGM juga prihatin dengan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli. Dan kami menentang sebarang kegiatan mencuri hasil gaharu dan kami berusaha untuk melindungi ahli-ahli.

''PGM juga akan memastikan industri gaharu diuruskan secara sistematik, dibangunkan secara ladang dan faedahnya dinikmati dan diwarisi oleh generasi akan datang,'' katanya.

Syed Razlan menambah, baru-baru ini PGM telah mengadakan perjumpaan dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) untuk menjalankan sebarang kerjasama antara kedua-dua pihak.

Perjumpaan itu menyaksikan komitmen Nuklear Malaysia untuk memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran dan kepakaran melalui program penyelidikan dan pembangunan gaharu yang dilaksanakan sejak 2005.

Berita Gaharu Utusan Malaysia 02/09/2009

Penebangan haram dekat Empangan Mengkuang dikesan

PULAU PINANG 2 Sept. — Kerajaan Pulau Pinang mengesan kegiatan penebangan haram pokok-pokok getah dan gaharu di tapak yang diperuntukkan bagi projek pembesaran Empangan Mengkuang di Seberang Perai Tengah (SPT), hujung bulan lepas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kegiatan itu dikesan pada 25 Ogos lalu selepas pihak berkuasa mendapat maklumat daripada orang ramai.

Katanya, renjer Jabatan Perhutanan Negeri bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh terus membuat siasatan awal pada pukul 9.30 pagi pada hari yang sama, sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kegiatan itu.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata, tinjauan mereka mendapati pokok-pokok itu ditebang dan diangkut keluar dari kawasan seluas dua hektar berhampiran empangan itu oleh pihak tertentu.

Berita Gaharu Utusan Malaysia 19/03/2010

Gaharu jana jutawan

Antara gaharu yang terhasil daripada pokok karas

Gaharu merupakan sejenis kayu dengan pelbagai bentuk jaluran warna khas serta memiliki kandungan damar wangian berupa aloe-resin yang akan mengeluarkan bau atau aroma khusus apabila dibakar.

Ia sangat terkenal di negara-negara Arab dan sudah ala diperdagangkan kerana sering digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi, produk perubatan dan majlis keagamaan.

Berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Aguru yang bermaksud kayu berat (tenggelam) ia juga lebih dikenali dengan nama agarwood, aloeswood, eagleswood, Jin-ko (Jepun), oud (Arab).

Gaharu diperoleh daripada sejenis pokok yang dikenali sebagai karas (Aquilaria spp.) yang telah disenaraikan dalam Jadual CITES Appendix II sebagai spesies yang sedang diancam kepupusan berikutan penuaian melampau di habitat asalnya.

Harga bagi gaharu gred tinggi mampu mencecah puluhan ribu ringgit dan kini ia menjadi satu fenomena di kalangan masyarakat apabila mereka mula menanamnya dengan harapan ia mampu memberi pulangan yang lumayan.

Namun apa yang menjadi isu pada hari ini adalah pokok 'duit' yang dikatakan mampu menjadikan seseorang itu jutawan segera tidak memberikan hasil yang memberangsangkan.

Ramai yang kecewa dan menganggap ia merupakan perusahaan yang sia-sia dan tidak mampu memberi keuntungan yang lumayan seperti diuar-uarkan.

Namun, rata-rata pengusaha tanaman karas ini mempunyai pengalaman yang cetek atau tiada pengalaman langsung berkenaan penghasilan gaharu daripada pokok ini.

Fenomena tersebut cuma berlegar di kalangan pengusaha dan hanya disampaikan dari mulut ke mulut tanpa melibatkan satu kajian terhadap proses penanaman serta tuaian secara mendalam terhadap sumber yang begitu berharga.

Oleh itu, bagi pengusaha serta penanam gaharu yang benar-benar mahukan pulangan lumayan, mereka perlu mengkaji secara teliti segala prosedur sebelum melaburkan sejumlah wang terhadap perusahaan tersebut.

Terlalu banyak mitos dan pendapat mengenainya.

Ada yang mengatakan ia lebih bernilai daripada emas kerana harganya yang mahal mampu mencecah ribuan ringgit telah membuatkan ramai orang tergila-gilakan hasil pokok ini.

Hakikatnya, taburan pokok ini di dalam hutan di kategorikan berada di ambang kepupusan kerana penuaian secara berleluasa tanpa pengawalan yang rapi.

Tanpa inisiatif dengan penanaman semula pokok ini, hasil gaharu negara tidak mampu lagi untuk dieksport ke negara-negara Asia Barat dan negara Asia lain yang meletakkan permintaan tinggi bagi hasil ini.

Daripada segi perusahaan perladangan, Indonesia dan Thailand telah berada selangkah di hadapan kita namun kita masih teragak-agak dengan keupayaan hasil pokok ini.

Kekurangan sumber maklumat tepat dan kekangan modal yang tinggi untuk dikormersialkan menyebabkan ia kurang mendapat perhatian usahawan di negara ini.

Agensi kerajaan yang ada perlu memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi dalam usaha menjadikan ia sebagai industri yang berkembang pesat.

Penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga sedang giat dijalankan.

Antara yang agensi kerajaan yang sedang giat menjalankan kajian berkenaan penanaman serta penghasilan gaharu adalah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Bermula pada sejak awal 1990 di FRIM, bagaimanapun, kajian yang lebih sistematik dijalankan dalam tahun 1992.

Komponen penyelidikan meliputi kajian seperti bahan tanaman, penanaman, pertumbuhan, suntikan tiruan, kimia, serta sosial ekonomi gaharu ke atas penduduk tempatan.

Sepanjang jangka masa ini, agensi usahasama lain yang terlibat adalah seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Negeri Pahang dan swasta.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) FRIM, Datuk Dr. Abd. Rashid Ab. Malik berkata, kini institut berkenaan berjaya menyediakan teknik menghasilkan gaharu dengan lebih cepat dengan kos yang rendah.

"Jika penanaman gaharu secara biasa ia akan memakan masa yang panjang berbanding kaedah yang telah ditemui FRIM kini.

"Pokok gaharu pada usia empat tahun sudah boleh melalui proses inokulasi dan setelah dua hingga tiga tahun hasilnya sudah boleh diperolehi.

"Bagi yang berminat boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada FRIM dan kita akan sentiasa membantu," katanya.

Teknik inokulasi sebenarnya agak mahal, namun atas usaha yang bersungguh-sungguh, FRIM berjaya menghasilkan teknik menghasilkan gaharu dengan lebih murah dan berkesan.

Jelas Abd. Rashid, pengusaha gaharu kini tidak perlu bimbang kerana negara memiliki teknologi terkini untuk menghasilkan gaharu setanding dengan negara-negara jiran.

Walaupun penanaman gaharu di Malaysia masih pada skala yang agak kecil dan ketinggalan berbanding dengan negara jiran kita seperti Thailand, Kemboja, India dan Indonesia namun kita masih mempunyai peluang yang cerah untuk perusahaan ini berikutan permintaan terhadapnya amat tinggi.

"Di negara kita masih tiada badan khas bagi memantau serta membantu perusahaan ini, justeru semua pihak perlu memainkan peranan penting bagi menjayakannya," ujar beliau.

Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat menyebabkan perusahaan gaharu kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Penghasilan Minyak Gaharu

Untuk mendapat minyak dan berkualiti yang tinggi kualiti kayu gaharu perlu diambil berat.

Terdapat tujuh kategori mutu gaharu namun, untuk mendapatkan kayu yang bermutu tinggi, terdapat lima ciri utama perlu diberi keutamaan dalam memastikan bahawa kayu gaharu tersebut mencapai tahap berkualiti yang dikehendaki atau tidak.

Ia termasuklah corak atau warna pada kayu tersebut seperti warna coklat kehitaman, kandungan damar wangi tinggi, serat padat, berat dan menghasilkan aroma yang kuat apabila dibakar.

Daripada ciri-ciri tersebut, gaharu digredkan kepada gred A, gred B, gred C, gred D, gred E, lain-lain gred dan gaharu racik (kayu racik).

Penghasilan minyak gaharu boleh dilakukan dengan dua kaedah; iaitu kaedah penyulingan stim dan kaedah penyulingan air.

Kaedah penyulingan stim adalah yang paling efektif dengan menghasilkan minyak yang banyak.

Proses dimulakan dengan mengisarkan kayu gaharu sehingga halus kemudian direndam selama beberapa hari sehingga sel kayu (parenkima) dan kelenjar minyak hampir terasing.

Kepingan gaharu ini kemudiannya akan disuling di dalam kelalang clavenger selama enam jam dan setiap peringkat penghasilan minyak yang berlainan warna akan diambil dan digredkan.

Sementara itu, kaedah penyulingan air adalah paling mudah tetapi penghasilan minyak gaharu adalah pada tahap minimum.

Kayu gaharu tersebut akan dimasak selama empat hingga lima hari sehingga minyak gaharu terhasil.

Di Malaysia, perusahaan secara besar-besaran telah berubah menggunakan teknik penyulingan stim daripada penyulingan air kerana proses yang lebih mudah dan kos yang rendah.

Rata-rata ramai pengusaha gaharu yang kurang berpengalaman didalam bidang ini namun tetap berminat untuk mempelajarinya.

Justeru Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Perhutanan akan mengadakan Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2010 pada 22 hingga 23 Mac ini di Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan UPM, Serdang.

Seminar tersebut bertemakan 'Ke Arah Kelestarian Pembangunan Industri Gaharu'.

Seminar ini akan di hadiri oleh pembentang-pembentang kertas kerja daripada pelbagai aspek termasuk Sumber dan Pengurusan Pokok Karas, Penuaian, Penyimpanan & Penyediaan Bahan, Pemprosesan Minyak Gaharu & Ciri-ciri Kualiti Dan Promosi, Pemasaran & Polisi.

Pembentang kertas kerja yang akan dijemput menghadiri seminar ini mempunyai kepakaran di dalam industri ini dari sudut polisi, penyelidikan, perusahaan, pemasaran dan pembekalan serta penggunaan.

Mereka terdiri daripada ahli akademik, jabatan kerajaan, pemimpin organisasi, pengusaha ladang, ahli profesional dari industri berkaitan serta pengguna produk ini sendiri.

Berita Gaharu Utusan Malaysia 19/03/2010

Teknik penanaman gaharu

Batang pokok karas ditebuk untuk proses penginokulan iaitu memasukkan sejenis bakteria atau kulat untuk menghasilkan gaharu.

Kini usaha penanaman pokok karas sedang giat dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara ini.

Pada umumnya terdapat dua spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu pokok karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.).

Proses terjadinya gaharu apabila pokok yang mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat yang menjangkiti pokok tersebut merebak ke dalam jaringan pembuluh kayu (vesel).

Untuk terus hidup, kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau makanannya secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya penghantaran makanan kepada daun.

Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu.

Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan resin atau damar wangi yang dinamakan gaharu dan apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri.

Pokok karas yang mengeluarkan gaharu adalah dari famili Thymelaeceae yang mana terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia.

Di Malaysia terdapat lima spesies utama iaitu; A. malaccensis, A. hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. microcarpa.

Terdapat tiga spesies kurang dikenali termasuk A. brachyanta, A. cumingiana dan A. crassna. Menurut Pensyarah Fizik Kayu, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, beberapa faktor harus dipertimbangkan dalam usaha penanaman pokok karas secara perladangan.

"Antaranya adalah, pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah penanaman, kaedah suntikan dan pasaran.

"Ia juga harus dinilai untuk meminimumkan risiko yang ada bertujuan mendapat hasil yang maksimum selepas tujuh tahun penanaman," katanya.

Pertama, dari segi pemilihan anak benih sering menjadi persoalan.

Terdapat dakwaan bahawa spesies A lebih baik dari spesies B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal.

"Kita seharusnya meneliti semula kawasan penanaman kerana pokok karas memerlukan habitat yang unik berbanding dengan pokok lain," katanya.

Katanya, pokok yang sihat dan membesar dengan cepat biasanya menghasilkan gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit, 'stres' dan cedera.

"Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.

"Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesies yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi.

Spesies Aquilaria malaccensis merupakan salah satu spesies yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

"Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6 kaki x 6 kaki atau 10 kaki x 10 kaki menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar," ujarnya.

Tambah beliau, penanaman secara integrasi adalah lebih meminimumkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan.

Jelas Mohd. Zin, boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontan dan jarak tanaman harus sesuai dengan keadaan tanah.

Selepas pokok karas mencapai usia lima tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk merangsang penghasilan gaharu dan dibiarkan selama dua tahun sebelum mendapat hasil yang optimum.

"Tanpa pendekatan ini pokok karas tidak mampu membentuk gaharu di dalamnya kerana dalam keadaan dengan semulajadi, gaharu terbentuk apabila pokok mencecah usia 20 - 40 tahun melalui kecederaan fizikal atau serangan mikro organisma," katanya.

Menurut Mohd. Zin, pokok karas sesuai ditanam di kawasan dataran rendah dan pergunungan pada ketinggian antara 0 dan 750 meter (m) dari aras laut.

"Purata taburan hujan kurang dari 2000 sentimeter (sm) setahun dan suhu paling sesuai adalah antara 27-32 darjah Celsius dan cahaya matahari antara 45-70 peratus.

"Pertumbuhan pokok mampu mencapai ketinggian antara 25 dan 40 meter dan diameter antara 60-80 sm pada ukur lilit," katanya.

Tanah yang sesuai bagi penanaman pokok karas adalah dari jenis lempung dan liat berpasir dan pH tanah antara 4. - 6 pH. Penanaman boleh dijalankan di tanah persendirian, hutan simpan dan tanah kerajaan melalui dua kaedah tanaman iaitu;

nKaedah Monokultur

Tanaman ini dilaksanakan dengan jarak tanaman 3 x 3m dengan jumlah sebanyak 1000-13000 pokok sehektar. Ada juga yang ditanam dengan jarak tanaman 2 meter x 2 meter dengan jumlah yang boleh mencapai 1600 batang pokok sehektar.

nKaedah tanaman Selingan

Pokok karas juga boleh ditanam di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5-8 tahun seperti di ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang Kopi, ladang Acacia secara tanaman berselang.

Berita Gaharu Utusan Malaysia 24/05/2010

Cabaran baru industri gaharu

Hasil pati minyak gaharu yang diperoleh bernilai ribuan ringgit.


SEBAGAI seorang petani, penternak, mahupun apa jua bidang yang diusahakan, ilmu yang berkaitan apa yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan sentiasa berada di sisi kita.

Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.

Begitulah fenomena yang sedang berlaku di dalam perusahaan tanaman karas atau lebih dikenali sebagai gaharu.

Justeru, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif mengadakan sebuah seminar untuk memberi gambaran menyeluruh industri tersebut.

Ia sekali gus memberikan peluang pengusaha karas untuk memperbaiki segala kelemahan, kekurangan serta masalah yang sering dihadapi dalam perusahaan tersebut.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan serta maklumat yang lebih tepat daripada segi kajian saintifik serta aplikasi sains di dalam industri tersebut.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari itu di mulakan dengan sesi pembentangan kertas kerja oleh ahli akademik, jabatan kerajaan serta pengusaha yang telah berjaya.

Seramai 24 pembentang berjaya menarik perhatian peserta dengan tajuk-tajuk menarik.

Antara tajuk yang dibentangkan adalah Pengurusan Sumber dan Taburan Karas, Status dan Pembangunan Industri Gaharu Serantau dan pelbagai lagi memberi pendedahan terhadap industri tersebut.

Menurut pengarah seminar tersebut, Dr. Hazandy Abdul Hamid, ia bertujuan mengumpul para pengusaha sama ada daripada orang perseorangan mahupun syarikat ke arah satu sesi perkongsian maklumat.

"Sebelum ini tiada satu usaha dilakukan bagi mengumpulkan mereka untuk duduk semeja berbincang berkenaan hala tuju industri ini.

"Justeru peluang sebegini memberikan kita (penyelidik) ruang untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi pengusaha," katanya.

Beliau yang juga pensyarah kanan ekofisiologi dan pembaik biak pokok berkata, ia sedikit sebanyak dapat mendedahkan teknik-teknik yang betul secara ilmiah kepada pengusaha gaharu.

Tambahan pula kini negara sedang menuju ke arah negara maju di mana bidang bioteknologi semakin berkembang.

Justeru para pengusaha gaharu tidak lagi boleh berada pada takuk lama, di mereka juga perlu berubah ke arah yang lebih baik.

Oleh itu, seminar tersebut bertujuan membuka minda pengusaha agar berfikir di luar kotak.

Ia bermakna setiap pengusaha gaharu perlu mempelbagaikan hasil serta produk mereka bagi memastikan kelestarian produk tersebut berkekalan sekali gus mampu membawa mereka ke arena global.

Setiap daripada golongan ini (pengusaha, penyelidik dan pengguna) sebenarnya adalah saling memerlukan.

Justeru setiap daripada mereka perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menghasilkan teknik yang benar-benar boleh digunapakai.

Jelas Hazandy, seminar tersebut berjaya membincangkan pelbagai permasalahan yang wujud didalam industri tersebut secara ilmiah.

Selain seminar, terdapat juga gerai-gerai pengusaha gaharu dibuka bagi mempamerkan barangan serta produk gaharu masing-masing.

Seminar selama tiga hari tersebut berjaya mengumpul maklumat penting daripada pengusaha serta ahli akademik berkaitan untuk meningkatkan taraf industri gaharu di negara ini.

Berita Gaharu Utusan Malaysia 23/07/2010

Pokok gaharu makin pupus

GERIK 22 Julai – Hutan Royal Belum (Royal Belum) yang merupakan antara hutan hujan tropika tertua di dunia, mungkin akan lenyap jika tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi melaksanakan pemuliharaannya.

Keghairahan orang ramai menceroboh kawasan itu secara berleluasa semata-mata untuk mencuri khazanah di hutan tersebut kini semakin membimbangkan.

Hakikatnya, hutan yang berusia ratusan juta tahun ini dahulunya bukan sahaja kaya dengan hidupan seperti gajah, harimau, rusa, kijang, seladang, pelanduk selain spesies ikan kelah, tengas, tengalan dan sebarau malah menjadi kawasan pokok-pokok gaharu untuk hidup meliar.

Malangnya hari ini, amat jarang untuk pengunjung menyaksikan kelibat binatang-binatang liar tersebut selain ikan-ikan juga semakin berkurangan di kebanyakan sungai kawasan itu.

Apa yang lebih membimbangkan ialah aktiviti penjualan gaharu dilakukan secara terbuka seolah-olah ia bukan menjadi satu kesalahan.

Seorang penduduk Orang Asli dari Kuala Rengat dekat sini, Abot Ali, 40, mengakui, dia merupakan antara penjual gaharu yang aktif di kawasan tersebut sebelum ini tetapi kini tidak lagi.

‘‘Dulu memang senang mencari gaharu, tak payah pergi jauh-jauh. Jalan lebih kurang setengah jam dah jumpa.

‘‘Sekarang jalan sehari suntuk pun payah nak jumpa, dah habis kena tebang oleh orang Siam,” dakwanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kata Abot yang mendakwa dirinya sebagai penghulu, banyak pokok gaharu dalam hutan telah ditebang orang luar termasuk warga asing.

Mereka katanya, menggunakan mesin bagi memudahkan kerja-kerja yang dijalankan selain cekap menggelakkan kegiatan dikesan oleh orang lain.

Seorang lagi Orang Asli yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah, 50, berkata, disebabkan pendapatan hasil menjual kayu gaharu semakin berkurangan, dia kini melakukan pekerjaan lain untuk menampung hidup.

‘‘Kalau nak harapkan duit jual gaharu sekarang ini, saya dan keluarga mati tak makan,” katanya.

Pak Ngah mendakwa, usahanya meredah bukit untuk mencari gaharu selalunya sia-sia kerana pokok-pokok itu telah ditebang oleh orang lain.

‘‘Saya tak mahu lagi pergi naik bukit turun bukit nak cari pokok gaharu sedangkan pokok-pokok tersebut sudah tak ada lagi, orang sudah ambil semua yang tinggal hanya tunggul-tunggul sahaja,” katanya.

Menurut Pak Ngah lagi, dia kini mula menanam pokok-pokok getah bagi menggantikan kerja mencari gaharu.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Kerunai di sini, Rasli Dolah Ahmad, 48, berkata, adalah tidak tepat jika ada pendapat yang mengatakan pokok-pokok gaharu akan pupus di Royal Belum akibat tindakan pencerobohan.

Dakwanya, pencari gaharu tidak menebang pokok-pokok gaharu sesuka hati sebaliknya hanya memilih pokok yang mempunyai damar sahaja.

‘‘Pada kebiasaan pokok gaharu yang cacat atau tidak subur batang pokoknya itulah yang mempunyai damar,” katanya.

Utusan Malaysia difahamkan, gaharu dijual kepada orang tengah atau pembeli berdasarkan gred dengan harganya mampu mencecah sehingga RM30,000 sekilogram bagi gred A.

Tinjauan mendapati, aktiviti penjualan gaharu bebas dilakukan di sekitar kawasan ini tanpa wujud pemantauan oleh pihak-pihak berkuasa seolah-olah ia suatu aktiviti yang dibenarkan.

Berita Gaharu Utusan Malaysia 27/11/2010

PPPNP galak tanam pokok gaharu

KUALA KANGSAR 26 Nov. - Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) berminat untuk bekerjasama dengan penduduk di daerah ini bagi memajukan tanah mereka menerusi projek penanaman pokok gaharu.

Pengerusi Lembaga Pengarah PPPNP, Datuk Mohd. Radzi Abdul Manan berkata, Kuala Kangsar dipilih berikutan kesesuaian tanahnya yang berbukit dan mempunyai tadahan hujan mencukupi untuk tanaman berkenaan.

Katanya, usaha PPPNP memasuki sektor agro perhutanan dengan menumpukan penanaman gaharu telah bermula di Kledang Sayong dekat sini tahun lalu.

''Kita telah memulakan tanaman gaharu seluas 100 hektar di Kledang Sayong yang sebelum ini ditanam dengan kelapa sawit sahaja," katanya selepas Majlis Taklimat Tanaman Gaharu Kepada Ketua-Ketua Kampung Parlimen Kuala Kangsar di sini semalam.

Mengikut perancangan yang dibuat katanya, tanaman pokok gaharu di Kuala Kangsar dijangka meliputi kawasan seluas 450 hektar dalam tempoh lima tahun lagi.

''Di bawah program ini, pihak PPPNP akan memberikan bantuan dan khidmat nasihat kepada pemilik tanah yang berminat menyertainya termasuk memberi subsidi kepada setiap peserta untuk membeli anak-anak pokok gaharu iaitu beli satu dapat satu lagi percuma," katanya.

Menerusi kerjasama itu, ujar beliau, semua pokok gaharu yang sudah cukup matang iaitu yang berusia kira-kira lima tahun, akan dibeli oleh PPPNP mengikut harga pasaran.

Buat masa ini, katanya, harga pasaran bagi setiap batang pokok gaharu adalah RM400.

Jelas Mohd. Radzi, gaharu mendapat permintaan yang tinggi daripada negara-negara luar terutama Arab, China, India dan Jepun untuk digunakan sebagai bahan membuat minyak wangi, kosmetik, perubatan dan sebagainya.

Berita Gaharu Utusan Malaysia 08/01/2011

Penduduk Bakun hasilkan resin gaharu

KUCHING 8 Jan. - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan kerjasama Asap Koyan Development Community (AKDC) akan melaksanakan projek peningkatan sosioekonomi sekitar empangan Bakun untuk menghasilkan resin gaharu, yang berjumlah kira-kira 20,000 pokok dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, AKDC ditawar geran projek Community InnoFund (CIF) sebanyak RM300,000 oleh Mosti untuk melaksanakan fasa pertama melalui pembangunan kemudahan ekstraksi produk gaharu dan aplikasi teknologi inokulasi pokok karas.

"Agensi Nukleur Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksanaan bagi memantu teknologi inokulasi penghasilan resin yang dibangunkan bersama rakan kerjasamanya dalam projek CIF ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

AKDC adalah sebuah pertubuhan yang berperanan bagi menstrukturkan penempatan semula penduduk asal Belaga dan menjaga hal ehwal sosioekonomi masyarakat, khasnya berkaitan isu pembangunan empangan Bakun.

CIF merupakan satu geran yang diperuntukkan oleh Mosti bagi membantu masyarakat akar umbi atau komuniti di Malaysia dalam pembangunan dan peningkatan produk, proses serta khidmat berinovasi selain mempunyai nilai ekonomi yang berupaya meningkatkan kualiti kehidupan komuniti. - Bernama

Berita Gaharu Utusan Malaysia 13/01/2011

UiTM cipta teknik penghasilan damar gaharu bermutu tinggi

SHAH ALAM 12 Jan. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) maju setapak lagi dalam dunia penyelidikan apabila berjaya mencipta teknik perangsang pertumbuhan pokok gaharu dan penghasilan damar yang bermutu tinggi.

Hasil penyelidikan selama setahun yang diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid antara lainnya mampu menghasilkan lebih banyak pati minyak gaharu berkualiti tinggi.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan Southern Farm Valley Johore Sdn. Bhd. apabila firma itu memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan UiTM hari ini untuk mengeluarkan dan memasarkan produk tersebut di dalam dan luar negara.

Ku Halim ketika ditemui selepas majlis itu yakin produk berkenaan mampu memberi pulangan hasil jualan lebih RM300,000 sebulan kepada syarikat terbabit.

"Walaupun hanya menggunakan laman web interaksi sosial seperti Facebook sebagai medium promosi, ia tetap menerima permintaan tinggi dari beberapa negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia.

"Malah di Asia Barat yang terkenal dengan industri minyak gaharu turut menyatakan minat untuk mendapatkan produk tersebut," katanya.

Menurut Ku Halim, pihaknya merancang mengeluarkan lebih banyak produk berasaskan damar pokok gaharu.

"Kami sedang melakukan penyelidikan untuk menghasilkan produk kosmetik menggunakan damar pokok gaharu menjelang pertengahan tahun depan," katanya.

Berita Gaharu Utusan Malaysia 22/02/2011

UPP Kuala Kedah rampas kayu gaharu seludup

ALOR SETAR 22 Feb. – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah merampas lapan guni kayu gaharu seludup bernilai RM337,600 dalam satu operasi di Kuala Kedah di sini semalam.

Komander UPP Kedah, Mohd. Jasri Othman berkata, operasi kira-kira pukul 11.30 malam itu diketuai oleh Komander Kawasan, Wan Mazlan Endut dengan dibantu enam pegawai lain telah membuat pemerhatian di satu kawasan tempat letak kereta di pekan itu.

“Pihak kami telah membuat intipan serta menunggu lebih dari 10 jam namun tiada pemilik datang mengambil guni tersebut.

“Pada mulanya kami menyangka kandungan dalam guni tersebut adalah rokok seludup, namun setelah dibuka, terdapat 422 kilogram kayu gaharu yang bernilai tinggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Utusan

Berita Gaharu Utusan Malaysia 03/04/2011

Tanam pokok gaharu di tanah terbiar

IPOH 2 April - Pemilik tanah terbiar di negeri ini diminta mengusahakan tanah mereka dengan tanaman pokok gaharu yang mampu memberi pulangan lumayan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pokok gaharu juga boleh ditanam dalam skala kecil serta penjagaannya tidak rumit.

Katanya, dalam tempoh lima tahun, kayu gaharu yang merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan minyak wangi sudah boleh mengeluarkan hasil untuk dieksport.

"Kerajaan negeri menggalakkan pemilik tanah memajukan tanaman ini kerana potensinya yang besar berikutan permintaannya yang tinggi di Asia Barat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Pameran Hala Tuju Industri Gaharu di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

Selain industri minyak wangi, kayu gaharu turut digunakan untuk membuat perhiasan, tonik minuman, teh dan sabun.

Hamidah berkata, Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) telah melaksanakan projek perintis tanaman itu di Kledang Sayong, Kuala Kangsar tahun lalu.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan kawasan 100 hektar.

Beliau berkata, SADC boleh mewujudkan pusat pengumpulan dengan kerjasama Syarikat Kayu Gaharu (M) Sdn. Bhd. untuk memasarkan kayu gaharu di negeri ini.

"Melalui pengumpulan setempat itu akan memudahkan industri gaharu ditingkatkan dan sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha terlibat," katanya.

Cara Menternak Arnab

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL

A. SISTEM PENGELUARAN

BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-

1. Unit pembiakan baka.
Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
2. Unit pengeluaran daging.
Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.

B. BAKA

APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:

1. New Zealand White.
2. Calfornian.
3. Carolina.
4. New Simonare.
5. Sepanyol.

C. PEMILIHAN BAKA

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?
Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:

1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.

D. PUSAT JUALAN BAKA

DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.
Namun begftu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.

E. SAIZ EKONOMI

BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING

1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaftu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
2. Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
3. Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.

F. PEMILIHAN KAWASAN

APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:

1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain.
3. Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
4. Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.

G. KAWALAN PENYAKIT

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

H. MENYIMPAN REKOD

APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:

1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
3. Untuk memudahkan program pembiakan.
4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.

I. MAKANAN UTAMA

DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?
Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm. Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.

Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.

J. CARA PEMBERIAN MAKANAN

ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?
Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian. Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.

K. MAKANAN TAMBAHAN

ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?
Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi. Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.

L. PEMBIAKAN

BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut. Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

M. KEKERAPAN MENGAWAN

BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari. Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

N. KAHWIN SELANJUTNYA

BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.

O. MENINGGIKAN KEBERNASAN

BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.

P. TEMPOH BUNTING

BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

Q. BUNTING PALSU

BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting paisu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

R. ANAK ARNAB

BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya. Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

S. MASA MENYUSU ANAK

BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

T. IBU ANGKAT

APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat. Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala. Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat. Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

U. CERAI SUSU

BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.
Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar. Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.

V. PENENTUAN JANTINA

BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

W. HASIL SAMPINGAN

KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?
Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White). Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:

1. Glu (gam)
2. Baja (baja kompos)

X. CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB

BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga. Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini:

1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.

Y. KHIDMAT NASIHAT

DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?
Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

Z. MAKLUMAT TAMBAHAN

BERAPA BANYAK MAKANAN PELET INI PERLU DIBERIKAN ?
Sebagai panduan kasar angaran dibawah boleh dijadikan ukuran.
KADAR PEMBERIAN MAKANAN RANSUM PELET ARNAB.
PERINGKAT JUMLAH KUANTITI (gm/hari/ekor)
INDUK (BETINA DEWASA) 120
PEJANTAN (JANTAN DEWASA) 60
ANAK ARNAB (1 - 2/3 BULAN) 50-100
* Daun hijau hendaklah diberi secara bebas sebagai makanan tambahan.

Sarang Burung Walet









Panduan Menternak Burung Walet

PERMINTAAN tinggi industri burung walit atau burung layang-layang mencetuskan satu perusahaan baru dan Pahang sendiri tidak ketinggalan dengan anggaran nilai pengeluaran sarang burung sebanyak RM36 juta setahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, berkata industri burung walit meningkat setiap tahun dan sehingga kini sejumlah 1,484 premis perusahaan dijalankan oleh 1,036 pengusaha di negeri ini.

Beliau berkata, permintaan tinggi terutama kalangan masyarakat Cina membuatkan nilai dagangan sarang burung terbabit di Malaysia kini berjumlah RM500 juta.“Harga sekilogram sarang burung mentah ialah sekitar RM1,000 hingga RM20,000 dan perkembangan terbabit mencetuskan aktiviti menukar bangunan komersial dan rumah dalam bandar menjadi pusat perusahaan sarang burung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet 2009 bagi porfolionya, di Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.

Tan Mohd Aminuddin berkata, biarpun perusahaan terbabit menguntungkan, namun pelbagai isu timbul seperti risiko penyakit, najis dan kebersihan bandar, masalah kebisingan, penurunan nilai hartanah serta menjejaskan kualiti hidup.

Beliau berkata, dibimbangi perkembangan perusahaan yang tidak terkawal boleh menimbulkan konflik, kerajaan bersetuju mengawal perusahaan melalui proses pelesenan.
Penternakan Burung Layang-layang

Pengenalan Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur.

Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon.
Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:

Superorder :
Apomorphae Order :
Apodiformes Family :
Apodidae Sub Family :
Apodenae Tribes :
Collacaliini Genera :
Collacalia Species :
Collacaliafuciphaga

Hasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni kesehatan.

Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

Perladangan Burung Layang-Layang. Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab.

Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-

* Penutupan pintu dan tingkap
* Pembinaan lubang pengudaraan
* Penyediaan pintu masuk
* Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
* Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
* Memasang sistem audio

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux.

Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.

Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.
Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap.

Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan.

Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

* Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
* Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
* Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
* Penyediaan beluti untuk burung bersarang
* Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
* Pemasangan sistem audio
* Notis amaran di lokasi sesuai. Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat.

Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.
Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan. Pemasangan Sistem Audio Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran.

CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan.

Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi.

Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

Pemilihan Lokasi Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:

* Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
* Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat.
* Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
* Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.

Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit.

Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak.

Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang.

Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

MATERIAL SOKONGAN
Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Audio Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran Player Mp3 dan Amplifier Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.
Water Spry Water spry perlu untuk menarik minat wallet. Penyukat Suhu & Kelembapan Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung.

Sarang Tiruan Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang Speaker Utama Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk. Tweeter Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.

MUSUH DAN CABARAN

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan. Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi Tikus - Tikus memakan telur, anak burung walit/swallow bahkan sarngnya.

Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan kondisi rumah walet •
Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus. Burung Hantu dan Helang - Memakan burung layang-layang.

Tangkap dan pindahkan Semut - Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur. Cara pemberantasan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya.

Setelah itu semut disiram dengan air panas. Cicak dan Tokek Binatang ini memakan telur dan sarang walet. Tokek dapat memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet. ditutup. •

Cara pemberantasan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan

PELABURAN DAN PULANGAN

Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40′x60′ persegi setinggi 3 tingkat:

Harta Tetap Bangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000
Modal Pusingan Setahun
Kos tenaga buroh = RM 12,000
Eletrik dan air = RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 133,000

Anggaran Hasil Sarang burung (minima)
Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000
Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000
Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000

Keuntungan Tahunan
Tahun 1, RM 3,000 - (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000
Tahun 2, RM 42,000 - (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000
Tahun 3, RM 84,000 - RM 7,000 = (-)RM 4,000
Tahun 4, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 116,000
Tahun 5, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 120,000

*Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya.
Tuaian Hasil Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow bertelur diambil.

Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.ara buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan.

Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit.

Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.

Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow terbang.

Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

Kebaikan Kayu Gaharu

Ummu Qais binti Muhshan menceritakan pada Rasulullah bahawa dia telah memasukkan jarinya ke dalam mulut anak saudaranya itu denagn harapan sakit kerongkongnya akan baik.

Maka Rasulullah bersabda:

Ertinya : “Mengapakah engkau mengubati anak-anak yang kena radang kerongkong dengan memasukkan jari ke mulut? Hendaklah kamu menggunakan kayu Gaharu ini, kerana ia mempunyai 7 ubat penyembuh, antaranya radang selaput rusuk, ditumbuk (sampai liat, kemudian minum)” untuk selesema dititiskan ke lubang hidung.
(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan ibnu Majah)

Kayu Gaharu ialah sejenis pokok yang berasal dari negeri-negeri India, baunya harum dan pahit rasanya, tetapi ia mempunyai banyak faedah.

Gaharu digunakan dalam menguatkan minda. Ia juga boleh digunakan dalam menyembuh penyakit demam berselang-selang juga digunakan untuk menguatkan limpa dan mengurangkan maidah (kisaran perut).

Bila ditumbuk lumat, ia boleh dimasukkan ke lubang hidung,maka ia berguna untuk melegakan hidung yang tersumbat dan seterusnya ia akan membantu bahagian-bahagian yang berasingan yang terkumpul dalam lubang hidung. Debunya diadun dengan madu dan dilumuri pada muka, ia dipercayai boleh menghilangkan bintik-bintik jerawat.

EMAS HITAM



Teh Gaharu

Semakin ramai penduduk dunia kini menyukai teh yang asli untuk mengekalkan kesihatan mereka. Teh menjadi identiti negara atau simbol budaya mereka, terutamanya negara China dan Japan. Budaya minum teh juga telah mengalir ke negara kita sejak berabad lamanya. Ramai pengusaha teh telah menghasilkan teh yang bermutu tinggi yang selalunya dihasilkan dikawasan tanah tinggi seperti Cameron dan Sabah. Walaubagaimanapun, teh yang dihasilkan masih menggunakan daun teh yang berasal dari negara China ataupun Japan. PMBK Sawit Sdn Bhd dengan satu langkah berani telah mengubah sejarah teh negara apabila mengeluarkan sendiri produk teh berasaskan daun pokok Depu yang diambil dari projek Koridor Depu. PMBK Sawit Sdn Bhd dengan rasa syukur ke hadrat Allah SWT...dengan terlahirnya produk pertama dari Projek Koridor Depu..Teh Gaharu Emas Hijau. Ramai yang tidak tahu tentang khasiat daun pokok Depu. Sebenarnya masyarakat dahulu kala telah menjadikan pokok Depu sebagai ramuan dalam pengubatan tradisional. Setelah perubatan moden mengambil alih peranan yang telah dimainkan sekian lama oleh para dukun dan pengamal perubatan tradisional, khasiat pokok Depu seperti dilupakan. Mutakhir ini, perubatan herba telah diterima kembali dalam masyarakat. Rahsia keistimewaan khasiat pokok Depu kembali dibongkar. Khasiat pokok Depu telah tercatat dalam beberapa kitab-kitab agama dan kitab-kitab perubatan. Dalam Sahih Bukhari contohnya hadis 5692,

عليكم بهذا العود الهندي ، فإن فيه سبعة أشفية : يستعط به من العذرة ، ويلد به من ذات الجنب . ودخلت على النبي صلى الله عليه وسلم بابن لي لم يأكل الطعام ، فبال عليه ، فدعا بماء فرش عليه .

الراوي: أم قيس بنت محصن المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5692
خلاصة حكم المحدث : صحيح

Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, Ubatilah penyakit dengan menggunakan OUDH (gaharu) kerana di dalamnya ada tujuh jenis kebaikan. Antara kebaikan gaharu yang disebutkan dalam sahih Bukhari adalah untuk saluran penafasan, saluran kencing, masalah perut, jantung dan sebagainya. Ada banyak lagi huraian berkaitan gaharu yang terdapat dalam kitab-kitab islam yang boleh dirujuk antaranya Al lulu’ wal marjan dan Tibbu Nabawi.Masyarakat Thailand terutamanya penganut agama Buddha juga mempunyai sejarah tersendiri mengenai gaharu. Mereka percaya, pokok ini telah diturunkan oleh Tuhan untuk membantu menyelesaikan masalah penyakit manusia. Keseluruhan pokok ini mempunyai khasiat tersendiri, contohnya batang dan dahan jika diproses boleh dijadikan sebagai ‘mental tonic’. Juga boleh menguatkan jantung, hati, paru-paru, pengaliran darah, dan juga elemen fizikal lain. kayu gaharu juga boleh merawat pharyngitis, exhaustion dan kesakitan sendi. Minyak biji buah gaharu amat berguna dalam merawat leprosy, dermatitis dan kanser. Air rebusan daunnya pula amat baik dalam perawatan penyakit seperti alergi dan kencing manis (diabetes). Minyak gaharu digunakan untuk merawat masalah perut, kanser usus, kanser hati dan kanser perut. Juga digunakan dalam perawatan penyakit Malaria serta dapat melegakan kesakitan dan paralysis.Dalam kitab-kitab Bible juga terdapat khasiat pokok gaharu dalam perubatan mereka. sebagai contoh, campuran kayu Gaharu boleh menguatkan pengaliran darah dan mencuci darah. ia boleh membantu menguatkan alat kelamin. Bagi wanita, bagus untuk memudahkan kehamilan. Ia juga dapat merawat masalah convulsion, sakit perut dan batuk. terdapat banyak lagi kitab-kitab versi Bible lain yang boleh dirujuk berkenaan penggunaan Gaharu dalam perubatan. Berdasarkan kitab-kitab dan kajian ilmiah yang telah dibuat, Teh Gaharu Emas Hijau telah dihasilkan oleh PMBK Sawit Sdn Bhd. Hasil pertama yang dikeluarkan adalah dari projek Koridor Depu yang sering diperkatakan sejak mutakhir ini. Campuran terbaik dan terpilih adalah dari daun-daun muda dan segar dari tiga jenis spesis Aqualaria Malacensis, Aqualaria Subintegra dan Aqualaria Crassna. Setiap orang akan merasai perbezaan dan kelainan teh ini berbanding teh gaharu yang dikeluarkan oleh negara lain terutama Thailand dan Kemboja.

Cara terbaik untuk membuat air teh gaharu emas hijau :

* - Ambil satu uncang teh untuk satu gelas. Masukkan air panas 60 C -90 C ke dalam gelas.

* - Tekan uncang secara turun naik seketika, biarkan selama 3 ke 5 minit.

* - Warna hijau keemasan akan mula keluar dari uncang. keluarkan uncang selepas 5 minit untuk rasa yang optimum. untuk lebih enak, boleh ditambahkan dengan sedikit gula atau susu. Untuk mengekalkan kesihatan anda, boleh diamalkan setiap pagi.

* - Untuk kesan terbaik, sila minum dalam keadaan panas atau suam. Anda boleh menambah air ke atas uncang sehingga warna hijau tidak lagi keluar.

Kerja-Kerja Inokulasi Pokok Gaharu





Teras Gaharu Yang Terbentuk dari Proses Inokulasi Dan Bahan Inokulasi Yang Berkualiti






Maklumat Tentang Gaharu



Apa itu Gaharu ?

Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).

Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.

Kegunaan Gaharu

Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.

Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.

Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.

Nilai Gaharu

Di pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg.

Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM1200.00/pertola/ atau 12 ml.

Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM350/kg.

Kesesuaian Kawasan Tanah

Spesis pokok gaharu merupakan tumbuhan malar hijau dan cepat tumbuh. Ianya sesuai ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanak berpaya dan bertakung air. Pokok gaharu boleh ditanam di kawasan tanah rata dan berbukit.

Sistem Penanaman

Tiga jenis sistem tanaman boleh diusahakan iaitu secara tanaman monokultur, tanaman campuran dengan spesis herba dan ubat-ubatan lain, serta tanaman integrasi dengan tumbuhan pertanian seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pola Tanaman boleh dibuat secara tanaman baris atau secara tanaman berkelompok.

Penyediaan Tapak Tanaman

Tanah tersebut hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada tumbuhan-tumbuhan renek, rumpai dan pokok-pokok musuh. Jarak tanaman hendaklah disesuaikan, dan begitu juga kedalaman lubang agar anak pokok gaharu dapat hidup subur.

Kaedah Penanaman

Kerja-kerja penanaman disarankan mengikut kesesuain cuaca atau iklim sekitar. Penanaman yang betul menjamin tumbesaran anak pokok gaharu. Anda dinasihatkan merujuk kepada pakar.

Penjagaan Dan Rawatan Tanaman

Anak-anak pokok perlu dijaga dengan sempurna pada peringkat awal pertumbuhan. Rawatan susulan seperti pembersiahan sekeliling pokok tanaman daripada rumpai musuh, pembajaan yang sesuai dan pemangkasan pucuk anjur pelbagai cabang pokok perlu dilakukan.

Rawatan Inokulasi Penghasilan Gaharu



Secara semulajadi, pembentukan gaharu adalah disebabkan oleh berlakunya serangan penyakit akibat terluka cabang atau kerosakan batang pokok. Berdasarkan kepada mekanisme pembentukan gaharu secara semulajadi ini, maka penghasilan gaharu secara mekanikal boleh dilakukan mengikut kepada teknologi semasa.

Rawatan penginokulasian penghasilan gaharu dijangka boleh dibuat setelah pokok gaharu berumur di antara 4 – 5 tahun ke atas.

Proses inokulasi ialah proses menebuk dan memasukkan sejenis bendalir / vaksin / bakteria penggalak risin ke dalam pokok gaharu yang telah matang.

Penuaian / Penghasilan Gaharu

Penuaian dijangka dibuat setelah pokok tanaman diyakini telah mengandungi gaharu.

Beberapa ujian secara klinikal akan dilakukan ke atas pokok.

Penuaian dilakukan setelah umur pokok mencecah 6 – 7 tahun atau lebih 10 tahun.

Semakin lama jangka masa penuaian akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti penghasilan gaharu. Setiap pokok gaharu dianggarkan boleh mengeluarkan 5 – 20 kilogram gaharu

Minyak Gaharu

Minyak Gaharu Gred AAAA


Minyak Gaharu Gred AAA


Minyak Gaharu Gred AA


Minyak Gaharu Gred A

Sabtu, 16 April 2011

Anak Pokok Stevia

Anak Pokok Stevia Untuk Dijual. Umur 2-3 bulan.



Pokok Stevia

Tip-tip untuk semua



Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah Water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Terkini STEVICO Nano Steam Technology.

APA DIA STEVIA ?
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.
Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil.
Kandungan glycosides di dalam daunnya dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

BERAPA BANYAK JUMLAH STEVIA DIGUNA DI SELURUH DUNIA ?
Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun.
Jepun telah menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan melebihi 60% kadar penggunaan gula Stevia.
Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan
Negara-negara Pacific telah beralih penggunaan dari pemanis gula tebu dan beet kepada Stevia.



APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?
FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia, dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan.
Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai ' Generally Recognized as Safe ' (GRAS) dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan. Mulai dari tarikh ini berlumba-lumbalah pembuat minuman gergasi dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargill dan pembuat makanan Nestle menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman.

ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?
Keseluruhanya Stevia adalah herbal asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk di guna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

BERAPA KALI MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?
Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 kali manis daripada gula.
Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%) didapati 200-300 kali manis dari gula biasa.Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

BOLEHKAH STEVIA MENGGANTIKAN PEMANIS TIRUAN ?
Tentu sekali boleh. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan digunakan melebihi 20% penggunaan pemanis untuk membuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.

BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGGUNA STEVIA ?
Tentu sekali boleh. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.



BAGAIMANAKAH EKSTRAK DIHASILKAN ?
Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic..tumbuk minum gitu pun boleh *

BERAPA KOS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?
Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa, kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanya ialah USD 0.40, iaitu 15 kg gula biasa sama manisnya dengan 1 kg Stevia ekstrak.

APAKAH PEMBUNGKUSAN STEVIA UNTUK DI PASAR ?
Ekstrak Stevia di pasarkan secara cecair, capsule, tablet atau secara powder.
Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

BOLEHKAH RASA PAHIT STEVIA DIHAPUSKAN ?
Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant ( CEPP )Universiti Teknologi Malaysia,
telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.

ADAKAH STEVIA MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL ?
Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap ( volatile oil ), termasuk Rutin dan B-Sitosterol.

Bahan aktif yang bertanggungjawabke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai STEVIOL GLYCOSIDES yang mengandungi STEVIOSIDE dan REBAUDIOSIDE

Antara ciri-ciri stvia ialah;

1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bacteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Alat bantu untuk menurunkan berat badan

Cara penanaman

• Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air.pH tanah pula 5.0 - 8.8 dan suhu ialah 16 - 29 C. Baja yang digunakan mestilah jenis organik.

• Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas dan ditutup dengan plastik pertanian.Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.

• Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten..

• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

• Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3-4 bulan penanaman. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai.

• Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.