PERTANIAN SATU PERNIAGAAN KEARAH MUSLIMIN BERJAYA

Allah AWT berfirman:
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahman 10-13)

Rasullulah SAW bersabda:
Sesiapa jua menanam sepohon pokok, dijaganya dengan sabar dan dipeliharanya sehingga berbuah (berhasil), maka Allah SWT akan mengira buahnya (hasilnya), tidak kira siapa pun yang bermanfaat darinya (semua mahluk Allah), sebagai bekalan amalan jariah kepada penanamnya.
(Riwayat ahmad)



Jumaat, 29 April 2011

Kebaikan Kayu Gaharu

Ummu Qais binti Muhshan menceritakan pada Rasulullah bahawa dia telah memasukkan jarinya ke dalam mulut anak saudaranya itu denagn harapan sakit kerongkongnya akan baik.

Maka Rasulullah bersabda:

Ertinya : “Mengapakah engkau mengubati anak-anak yang kena radang kerongkong dengan memasukkan jari ke mulut? Hendaklah kamu menggunakan kayu Gaharu ini, kerana ia mempunyai 7 ubat penyembuh, antaranya radang selaput rusuk, ditumbuk (sampai liat, kemudian minum)” untuk selesema dititiskan ke lubang hidung.
(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan ibnu Majah)

Kayu Gaharu ialah sejenis pokok yang berasal dari negeri-negeri India, baunya harum dan pahit rasanya, tetapi ia mempunyai banyak faedah.

Gaharu digunakan dalam menguatkan minda. Ia juga boleh digunakan dalam menyembuh penyakit demam berselang-selang juga digunakan untuk menguatkan limpa dan mengurangkan maidah (kisaran perut).

Bila ditumbuk lumat, ia boleh dimasukkan ke lubang hidung,maka ia berguna untuk melegakan hidung yang tersumbat dan seterusnya ia akan membantu bahagian-bahagian yang berasingan yang terkumpul dalam lubang hidung. Debunya diadun dengan madu dan dilumuri pada muka, ia dipercayai boleh menghilangkan bintik-bintik jerawat.