PERTANIAN SATU PERNIAGAAN KEARAH MUSLIMIN BERJAYA

Allah AWT berfirman:
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahman 10-13)

Rasullulah SAW bersabda:
Sesiapa jua menanam sepohon pokok, dijaganya dengan sabar dan dipeliharanya sehingga berbuah (berhasil), maka Allah SWT akan mengira buahnya (hasilnya), tidak kira siapa pun yang bermanfaat darinya (semua mahluk Allah), sebagai bekalan amalan jariah kepada penanamnya.
(Riwayat ahmad)



Jumaat, 29 April 2011

Teh Gaharu

Semakin ramai penduduk dunia kini menyukai teh yang asli untuk mengekalkan kesihatan mereka. Teh menjadi identiti negara atau simbol budaya mereka, terutamanya negara China dan Japan. Budaya minum teh juga telah mengalir ke negara kita sejak berabad lamanya. Ramai pengusaha teh telah menghasilkan teh yang bermutu tinggi yang selalunya dihasilkan dikawasan tanah tinggi seperti Cameron dan Sabah. Walaubagaimanapun, teh yang dihasilkan masih menggunakan daun teh yang berasal dari negara China ataupun Japan. PMBK Sawit Sdn Bhd dengan satu langkah berani telah mengubah sejarah teh negara apabila mengeluarkan sendiri produk teh berasaskan daun pokok Depu yang diambil dari projek Koridor Depu. PMBK Sawit Sdn Bhd dengan rasa syukur ke hadrat Allah SWT...dengan terlahirnya produk pertama dari Projek Koridor Depu..Teh Gaharu Emas Hijau. Ramai yang tidak tahu tentang khasiat daun pokok Depu. Sebenarnya masyarakat dahulu kala telah menjadikan pokok Depu sebagai ramuan dalam pengubatan tradisional. Setelah perubatan moden mengambil alih peranan yang telah dimainkan sekian lama oleh para dukun dan pengamal perubatan tradisional, khasiat pokok Depu seperti dilupakan. Mutakhir ini, perubatan herba telah diterima kembali dalam masyarakat. Rahsia keistimewaan khasiat pokok Depu kembali dibongkar. Khasiat pokok Depu telah tercatat dalam beberapa kitab-kitab agama dan kitab-kitab perubatan. Dalam Sahih Bukhari contohnya hadis 5692,

عليكم بهذا العود الهندي ، فإن فيه سبعة أشفية : يستعط به من العذرة ، ويلد به من ذات الجنب . ودخلت على النبي صلى الله عليه وسلم بابن لي لم يأكل الطعام ، فبال عليه ، فدعا بماء فرش عليه .

الراوي: أم قيس بنت محصن المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5692
خلاصة حكم المحدث : صحيح

Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, Ubatilah penyakit dengan menggunakan OUDH (gaharu) kerana di dalamnya ada tujuh jenis kebaikan. Antara kebaikan gaharu yang disebutkan dalam sahih Bukhari adalah untuk saluran penafasan, saluran kencing, masalah perut, jantung dan sebagainya. Ada banyak lagi huraian berkaitan gaharu yang terdapat dalam kitab-kitab islam yang boleh dirujuk antaranya Al lulu’ wal marjan dan Tibbu Nabawi.Masyarakat Thailand terutamanya penganut agama Buddha juga mempunyai sejarah tersendiri mengenai gaharu. Mereka percaya, pokok ini telah diturunkan oleh Tuhan untuk membantu menyelesaikan masalah penyakit manusia. Keseluruhan pokok ini mempunyai khasiat tersendiri, contohnya batang dan dahan jika diproses boleh dijadikan sebagai ‘mental tonic’. Juga boleh menguatkan jantung, hati, paru-paru, pengaliran darah, dan juga elemen fizikal lain. kayu gaharu juga boleh merawat pharyngitis, exhaustion dan kesakitan sendi. Minyak biji buah gaharu amat berguna dalam merawat leprosy, dermatitis dan kanser. Air rebusan daunnya pula amat baik dalam perawatan penyakit seperti alergi dan kencing manis (diabetes). Minyak gaharu digunakan untuk merawat masalah perut, kanser usus, kanser hati dan kanser perut. Juga digunakan dalam perawatan penyakit Malaria serta dapat melegakan kesakitan dan paralysis.Dalam kitab-kitab Bible juga terdapat khasiat pokok gaharu dalam perubatan mereka. sebagai contoh, campuran kayu Gaharu boleh menguatkan pengaliran darah dan mencuci darah. ia boleh membantu menguatkan alat kelamin. Bagi wanita, bagus untuk memudahkan kehamilan. Ia juga dapat merawat masalah convulsion, sakit perut dan batuk. terdapat banyak lagi kitab-kitab versi Bible lain yang boleh dirujuk berkenaan penggunaan Gaharu dalam perubatan. Berdasarkan kitab-kitab dan kajian ilmiah yang telah dibuat, Teh Gaharu Emas Hijau telah dihasilkan oleh PMBK Sawit Sdn Bhd. Hasil pertama yang dikeluarkan adalah dari projek Koridor Depu yang sering diperkatakan sejak mutakhir ini. Campuran terbaik dan terpilih adalah dari daun-daun muda dan segar dari tiga jenis spesis Aqualaria Malacensis, Aqualaria Subintegra dan Aqualaria Crassna. Setiap orang akan merasai perbezaan dan kelainan teh ini berbanding teh gaharu yang dikeluarkan oleh negara lain terutama Thailand dan Kemboja.

Cara terbaik untuk membuat air teh gaharu emas hijau :

* - Ambil satu uncang teh untuk satu gelas. Masukkan air panas 60 C -90 C ke dalam gelas.

* - Tekan uncang secara turun naik seketika, biarkan selama 3 ke 5 minit.

* - Warna hijau keemasan akan mula keluar dari uncang. keluarkan uncang selepas 5 minit untuk rasa yang optimum. untuk lebih enak, boleh ditambahkan dengan sedikit gula atau susu. Untuk mengekalkan kesihatan anda, boleh diamalkan setiap pagi.

* - Untuk kesan terbaik, sila minum dalam keadaan panas atau suam. Anda boleh menambah air ke atas uncang sehingga warna hijau tidak lagi keluar.