Khamis, 19 Disember 2013

Apakah EM?

EM adalah singkatan bagi Effective Microorganisms. Biasanya minum yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini semua adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Peternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @ tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan. Amat menjimatkan serta menguntungkan.

Apakah Kandungan Dalam EM Atau Probiotik?

Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.


Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.

Konsep EM Dan Bagaimana EM Berfungsi Membantu Anda.

EM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah, digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran bagi mengoptimumkan hasil,menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/tak berfaedah, meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik dan seterusnya meningkatkan biodiversiti mikrobiologi persekitaran.

Bakteria aerobik (oksigen), heterotropik (oksigen/tanpa oksigen) dan anaerobik (tanpa oksigen) cenderung bertindakbalas dgn persekitaran dan menghasilkan bahan2 yang tertentu melalui proses PENGURAIAN dan SINTESIS.Bakteria Penguraian terbahagi kpd 2 iaitu Penapaian (fermentation / oxidative) atau Pembusukan (putrefaction). Penapaian yang baik oleh bakteria aerobik / heterotropik / anaerobik akan menghasilkan molekul ringkas seterusnya menghasilkan haba,tenaga,asid amino,air,oksigen,karbondioksida yang semuanya berpengaruh baik. Berbanding kepada proses pembusukan (putrefaction) oleh bakteria heterotropik / anaerobik yang menghasilkan sisa toksik kepada persekitaran seperti gas ammonia ataupun Hidrogen Sulfida yang busuk. Bakteria Sintesis mengikat Nitrogen/oksigen dari udara dan menukarkannya kepada asid amino, oksigen, protein dan karbohidrat. Bakteria sintesis berkebolehan mengikat karbondioksida menjadi molekul organik. Bakteria sintesis juga berkebolehan memecahkan ammonia dan menukarnya kepada gas tak berbahaya.


EM terdiri dari aerobik, heterotropik dan anaerobik bakteria yang berpengaruh baik.Apabila di dalam media, EM akan mengeluarkan hasil2 tindakbalas dan akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria tak berfaedah.Kebanyakan bakteria yang mendatangkan masalah adalah jenis heterotropik dan anaerobik. Setelah mikroflora bertukar, banyak molekul organik, tenaga, karbohidrat, oksigen, karbondioksida dsb terbentuk seterusnya meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan memelihara persekitaran. Mikrobiologi persekitaran akan meningkat dan secara tak langsung membantu ke arah persekitaran yang sihat.

MEMPROSES BAJA ORGANIK BERMIKROB UNTUK POKOK KARAS DAN SEMUA TANAMAN

1. MAKLUMAT ASAS

Baja organik adalah baja campuran yang berasal dari pelbagai  bahan organik (semulajadi) yang telah mengalami proses pereputan, sehingga  menjadi bahan yang mempunyai perbandingan C/N yang rendah hampir C/N Tanah.

Baja organik merupakan baja dengan bahan semulajadi dalam jumlah dan jenis unsur mikro yang terkandung secara semulajadi. Baja organik merupakan bahan merawat tanah yang paling baik berbanding baja kimia yang akhirnya merosakkan tanah. Baja Organik sangat penting  bagi tanah pertanian antara lain :

a) Memperbaiki sifat  tanah,  menjadi gembur dan dengan pengudaraan dan saliran yang baik.
b) Meningkatkan kesetabilan tanah dan memegang air, sehingga dapat mencegah hakisan.
c) Memperbaiki sifat kimia tanah, ia itu meningkatkan kapasiti kesuburan.
d) Asid umid dapat  membantu meningkatkan proses penguraian mineral.
e) Memperbaiki sifat biologi tanah, iaitu mempercepat pembiakan fungi, bakteria, mikro flora dan mikro             fauna tanah dan lain lain.

II. MEMPROSES BAJA ORGANIK

a) Bahan-bahan dan alat :

- Tahi lembu sebanyak 300 kg
- BahanSisa kumbahan kilang sawit/Jerami padi / rumput kering sebangak 200 kg
- Dedak  sebanyak 20 kg
- EM.4 sebanyak 50 sudu makan
- Gula pasir /Molases sebanyak 20 sudu makan
- Air biasa lebih kurang  20 liter
- Tangki , penebok, parang, sekop
- Kanvas / Pelastik sebagai penutup.

b) Cara Membuat

->Sisa kilang sawit/Jerami padi atau rumput dipotong-potong atau dihancur kecil-kecil dengan ukuran kira-       kira 5 - 10 cm .
->Larutkan EM.4 sebanyak 50 sudu makan dan gula pasir 20 sudu makan kedalam air sebanyak 20                 liter, kacau sampai merata.
->Tahi lembu kering  (300 kg) jerami / rumput/limbah sawit  (200 kg) dan dedak  (20 kg) dicampur rata .
->Campuran EM.4, gula/molasses  dan air sambil dikacau dan siramkan secara perlahan-lahan ke                     campuran diatas hingga rata.
->Buat busut setinggi 15 - 20 cm diatas lantai.
->Selanjutnya setelah dibuat gundukan tutup dengan plastik atau kanvas lalu diletak atap sebagai                       perlindungan.
->Periksa suhu busut (di pantau sehingga 40- 50o C), bila suhu melebihi diadukkan dan dibalik kemudian         tutup kembali.
->Setelah tujuh hari baja organic bermikrob EM sudah jadi dan siap untuk di gunakan.
->Hasil uji makmal:-
PH : 7,02
Kelembapan : 11.24 %
Nitrojan (N) : 0.72 %
Posfat (P2O5) : 0.69 %
Pottasiam (K2O5) : 0.78 %
Karbon (C.Organik) : 6.25 %
C/ N Ratio : 8.68


Baja organik ini sesuai untuk pokok gaharu dan semua tanaman.