Ahad, 17 Februari 2013

Silaturahim


Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As daripada Nabi SAW sabdanya: 

“Bukanlah penghubung orang yang hanya menghubung atau mengeratkan hubungan orang yang sedia menghubunginya sahaja, tetapi yang dikatakan penghubung ialah orang yang mengeratkan hubungan silaturahim yang telah terputus”.

Riwayat Bukhari

Huraian Hadith: 
  1. Islam meyeru umatnya supaya menyambung kembali hubungan kekeluargaan yang telah terputus.
  2. Penghubung yang sebenarnya ialah orang yang berjaya mengeratkan kembali silturahim yang telah terputus.
  3. Islam tidak suka pergaduhan dan perpecahan dikalangan umatnya lebih-lebih lagi dikalangan kaum kerabat.

Silaturahim


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim

Riwayat Bukhari

Huraian Hadith: 

i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.

iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Silaturahim


Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. 

Riwayat Bukhari

Huraian Hadith: 
  1. Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah dan dipanjangkan umur.
  2. Silaturahim dalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.
  3. Hadis ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.
  4. Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.

Sabtu, 16 Februari 2013

Serangan Serangga Perosak Kepada Pokok Gaharu

Ulat Pengorek Batang (Rhytidodera Simulans)

Ulat ini biasanya menyerang dengan menetas di dalam ranting yang agak lembut dan mengorek masuk ke dalam batang yang lebih besar. Ranting atau batang yang diserang akan mempunyai lubang dan menjadi serius apabila daun-daun dan ranting-ranting akan layu dan mati seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah. Bagi mengatasinya, ranting-ranting yang telah diserang perlu dicantas dan dimusnahkan. Kawalan dengan menggunakan racun serangga sebagai rutin juga dapat digunakan iaitu dengan memasukkan racun jenama Malathion ke dalam lubang kemudian ditutup dengan tanah liat atau plastisin.







Penyakit Pokok Gaharu

Penyakit Akar Putih (Rigidoporus lignosus)

Penyakit ini dikesan seperti gambar-gambar dibawah melalui tanda-tanda pada pokok gaharu seperti daunnya menjadi layu, berwarna kekuningan, gugur, akar menjadi reput dan akhirnya pokok akan mati. Biasanya pokok-pokok diserang dikawasan tanah pamah yang mempunyai saliran yang kurang baik. Penyakit ini boleh diatasi dengan membetulkan saliran air dan menggunakan racun kulat seperti Hexaconazole, Xzole 50, Vantil, AGR hexagon dengan menyiram pada pangkal pokok.






Sabtu, 9 Februari 2013

Penghantaran Anak Pokok Gaharu Di Ulu Chepor, Perak

Penghantaran anak pokok aqualaria malacensis di Ulu Chepor Perak dan khidmat nasihat cara penanaman yang betul kepada pekerja ladang En Megat sambil melawat pokok induk yang berusia lingkungan 75 tahun ke 100 tahun spesis aquilaria malaccensis di dalam kebun milik En Megat.
















Penghantaran Anak Pokok Gaharu Di Serdang, Kedah

Penghantaran anak pokok gaharu aquilaria malaccensis ke serdang, Kedah sambil melawat ladang milik Majer Titan Wahab. Pihak kami juga memberi khidmat nasihat pertanian secara percuma.