Rabu, 23 September 2015

Selamat Mengambut Hari Raya Aidiladha

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa... Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada Faizul Anuar B. Hj. Yazid sekeluarga serta warga Wafiqah Group..

Selasa, 22 September 2015

Pengunjung Ke Ladang Kami

Alhamdulillah hari ini kami dapat kunjungan dari tuan Ismail Kassan bersama Mohammad Ikram Ismail serta Izzat Ismail semoga apa yang kita bincangkan dan segala apa juga yang kita usahakan dipermudahkan oleh Allah.


Rabu, 16 September 2015

Stokis Produk Hiliran Gaharu.

Alhamdulillah selesai kerja hari ini. Kepada penduduk Negeri Johor dan Negara Singapura yang ingin mendapatkan produk berasaskan gaharu keluaran Wafiqah Group bolehlah menghubungi Stockis kami En. Muhammad Fuad(Johor) +6019-7765757 dan En. Alamshah(Singapura) +6598436901 SERTA kepada sesiapa ingin menjadi agents juga boleh hubungi Stockis kami di setiap Negeri atau Negara, manakala yang berminat menjadi Stockis Negeri atau Negara boleh berurusan terus dengan En.  +6019-6646291 @ En. Faizul Anuar  +6010-2205745

Selasa, 15 September 2015

Oudh Product

Alhamdulillah, Wafiqah Group have completed 17 perfumes out of 60 formulas that are based on pure agarwood oil. These perfumes are now ready to be shipped to its destination. Sample for each scent  can be purchased at RM 20 for  the whole Asia continent and RM 25 for Europe and America continent. The price is inclusived of shipping and handling.

May Allah grants us happiness, success and safety in this world and the day after.

Jual Beli Kayu Gaharu Di Dalam Negara

Pejabat Urusan Dan Ruang Pameran Wafiqah Group.

Syukur Alhamdulillah, hari ni siap pasang breket untuk rak produk2 di pejabat urusan dan showroom Wafiqah Group. Tunggu esok kaca, meja pembantu tadbir, dan dah boleh masukkan barang perniagaan berasaskan gaharu. Kepada sesiapa nak membeli produk2 hiliran gaharu dan nak belajar cara marketing produk2 berasaskan bolehlah berkunjung ke showroom kami di 2-2-2, Jalan Megan Setapak, 53300 Kuala Lumpur. Waktu operasi dari jam 9am hingga 6pm. Anda boleh terus hubungi En Yahya Abd Rahman +6019-6646291 / En Faizul +60102205745.

Pesanan buat sahabat2 gaharu:-
1. Hendak beli pokok gaharu, carilah orang yang menjual pokok yang dia juga menanam sendiri.
2. Hendak belajar mengenai inokulasi pokok gaharu, carilah orang yang membuat sendiri inokulan dan hasilnya juga boleh ditunjukkan diladang sendiri.(bukannya guna ladang orang buat kajian atau nak tunjuk hasilnya).
3. Hendak belajar mengenai menuai pokok gaharu dan cara pembersihan Kayu, carilah orang yang sudah menuai hasilnya ataupun sudah menjual hasilnya.
4. Hendak belajar memasak minyak gaharu, carilah orang yang betul2 mahir memasak dan sudah ada pengalaman serta mempunyai pasaran minyaknya sendiri.
5. Hendak belajar mengenai produk2 hiliran gaharu, carilah pengusaha yang sudah mengeluarkan produk2 mereka sendiri dan sudah berada di pasaran Malaysia atau di luar Negara.
6. Hendak tahu atau belajar mengenai pasaran gaharu, carilah pengusaha yang sudah ada pasaran ataupun sudah membuat usaha dalam memasarkan produk2 gaharu didalam negara atau lebih baik di luar Negara.
Sekadar renungan dan nasihat. Semoga apa yang kita usahakan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Selasa, 8 September 2015

Teh Dan Kopi Gaharu Keluaran Wafiqah Group

Syukur Alhamdulillah. Nantikan produk teh gaharu madu dan kopi gaharu 4 in 1 yang mampu milik dan sedap rasanya di keluarkan oleh Wafiqah Group. InsyaAllah akan di lancarkan pada bulan oktober nanti. Semoga apa yang kita semua usahakan di permudahkan oleh Allah.

Penghantaran 5000 Pokok Gaharu

Alhamdulillah selamat sampai 5000 anak pokok gaharu spesis AQUILARIA MALACENSIS ke ditinasinya.