Selasa, 30 Mei 2017

Inokulasi Pokok Gaharu Dengan Tiga Kaedah

Dr Amir bersama pelajarnya dari bahagian Anatomy Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia menyambung semula kerja² kajian Inokulasi di ladang WAFIQAH FARM & NURSERY. Teknik yang digunakan hari ini adalah dengan menggunakan Coring, Debarking dan Electrical Wounding pada pokok gaharu.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.

Isnin, 29 Mei 2017

Inokulasi Pokok Gaharu Dengan Aliran Arus Elektrik

Dr Amir bersama pelajarnya dari bahagian Anatomy Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia memulakan kajian Inokulasi di ladang WAFIQAH FARM & NURSERY. Diantara teknik yang digunakan adalah dengan menggunakan aliran arus elektrik pada pokok gaharu dan beberapa teknik lain lagi.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Khamis, 25 Mei 2017

Kajian Gaharu Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia

Hari ini bersama pelajar Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil sampel kayu pada pokok gaharu bertujuan untuk kajian di ladang WAFIQAH FARM & NURSERY.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Rabu, 24 Mei 2017

Berkongsi Pengalaman Dalam Bidang Gaharu

Alhamdulillah Pengarah Wafiqah Farm & Nursery, En Faizul Anuar Hj Yazid dijemput memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman beliau dalam bidang Industri Gaharu kepada pelajar pelajar Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia.

Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada semua.

Isnin, 22 Mei 2017

Lawatan Pelajar Dari Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia

Alhamdulillah seramai lebih kurang 80 orang pelajar dari Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia membuat lawatan sambil belajar ke Ladang Wafiqah Farm & Nursery. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.