Sabtu, 11 Ogos 2018

Kursus Pembuatan Inokulan Gaharu Siri Ke 8

Alhamdulillah Selesai Kursus Pembuatan Inokulan Gaharu Siri Ke 8 Pada 11 Ogos 2018 Bertempat Di Wafiqah Agarwood Centre.



Jumaat, 10 Ogos 2018

Symposium On Agarwood

Symposium On Gaharu, Lombok, West Nusatenggara, Indonesia 19-20 Sept 2018.

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan,  Dipermudahkan Rezeki Daripada Sumber Yang Halal Dan Barokah Serta Berada Dalam Lindungan Dan Rahmat Allah.

Masalah Petani Dan Peladang Gaharu Di Malaysia

Pendapat daripada pengalaman pihak kami bukan copy&paste dari pengalaman orang. 

Di dunia ada 16 negara pengeluar kayu dan Minyak Gaharu. Negara pengeluar utama adalah Indonesia disusuli oleh India, Malaysia, Thailand, Cambodia dan lain lagi. Kita tak perlu lihat banyak2 negara nanti pening pula. Lihat negara jiran kita di Indonesia dan Thailand sahaja sudah memadai. 

1. Di Indonesia teras bakar Gred A Spesis Aquilaria Malacensis, Microcarpa dan Becariana yang sudah siap untuk Dijual boleh dapat dengan harga RM450/kg hingga ke RM650/kg. 

2. Di Thailand teras bakar Gred A Spesis Aquilaria Crassna, Subintegra dan Rugosa  yang sudah siap untuk Dijual boleh dapat dengan harga lebih kurang RM650/kg hingga ke RM850/kg.

3. Di Malaysia pula teras bakar Gred A Spesis Malacensis dan Microcarpa yang sudah siap untuk Dijual boleh dapat dengan harga RM1000 hingga ke RM1200/kg. Harga diatas adalah harga borong untuk pasaran Timur Tengah. 

Daripada cerita diatas ini, jika Tuan/Puan sebagai trader / pembeli retail nak beli daripada mana? Kalau tanya saya nak beli teras daripada mana,  jawapan saya ke Indonesia jika mahukan spesis Malacensis dan Microcarpa. Kalau mahukan hasil kayu dan minyak untuk spesis Crassna, Rugosa dan Subintegra Saya akan ke Thailand.

Kenapa ini berlaku? Banyak faktor yang mempengaruhi diantaranya apabila kos penghasilan di Malaysia tinggi dan kekurangan tenaga mahir. Itulah sebabnya pihak kami mengadakan kursus / bengkel bagi mengajar membuat Inokulan dan Teknik2 Inokulasi bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran kepada petani dan peladang Gaharu di Malaysia. Bukan itu sahaja pihak Mtib, Jabatan Perhutanan dan pihak yang Berkaitan juga ada mengadakan kursus dan bengkel lain Seperti penggredan, carving, dan lain lagi. (Banyak Orang Kita nak kaya cepat tapi tak mahu mencari ilmu... duduk menunggu dan sentiasa menunding salah kepada Orang lain)

Berkaitan dengan pemilihan sama ada nak hasilkan teras bakar @ minyak. Pendapat saya secara peribadi lebih baik menghasilkan minyak daripada buat teras jika di Malaysia. Ok Mungkin ada yang ingin juga mengeluarkan teras bakar. Saya nak tanya sikit ja. Dimana nanti dan siapa nanti nak cuci kayu tu?.... Berapa pula kosnya?.... Adui Tuan/Puan pasti sakit kepala. Tapi jikalau Tuan/Puan ada yang menguruskan dan kos berpatutan tak menjadi Masalah. Jika pasaran pun dapat baik, silakan. Ini cuma pendapat kami yang baru setahun jagung dalam industri Gaharu di dunia.

Jangan tabsub dengan pandangan pihak kami. Ambil pandangan sahabat2 kita yang lain dalam industri ini.

Kenapa Pihak Wafiqah Tidak Memproses Minyak Daripada Spesis Aquilaria Crassna Dan Subintegra Di Malaysia

1. Pihak Wafiqah hanya memproses minyak daripada spesis Aquilaria Malaccensis, Microcarpa, Becariana dan hirta sahaja kerana pihak Wafiqah mengasingkan pengeluaran minyak mengikut spesis di sesebuah kilang bagi menjaga qualiti yang dihasilkan.

2. Pengeluaran untuk spesis Aquilaria Crassna dan Subintegra ini dikeluarkan oleh kilang francais kami di Thailand serta Cambodia. Ini disebabkan kos pengeluaran disana lebih rendah dan ramai pekerja mahir. Maksimum pengeluaran sehingga mencecah 20 ke 50kg pengeluaran minyak sebulan. Teras bakar pula lebih kurang 100 ke 300kg sebulan.

3. Pemintaan rendah dengan harga yang tidak stabil serta rendah.

4. Lambakkan stok di Bangkok, Singapura, Dubai dan China akibat ladang2 yang luas mata memandang di selatan China, Laos, Cambodia, Thailand dan Taiwan sudah mengeluarkan hasil hampir serentak. Diantara spesis yang mereka tuai adalah Aquilaria Rugosa, Yunnanensis, Sinensis, Crassna, Subintegra dan lain lagi. 

Jangan tabsub dengan pandangan pihak kami. Ambil pandangan sahabat2 kita yang lain dalam industri ini.

Kenapa Wafiqah Hanya Memproses Dan Mengeluarkan Minyak Daripada Spesis Aquilaria Malacensis, Microcarpa, Becariana dan Hirta

Faktor penyebabnya adalah seperti berikut:-

1. Kos rendah jika betul cara dan kaedahnya pokok tak perlu ditebang. Hasil boleh diambil setiap 2 bulan dalam masa 3 ke 10 tahun tanpa perlu tebang pokok dengan jadual tuaian hasil yang betul.  

2. Spesis diatas ini mempunyai pemintaan yang tinggi dengan harga yang tinggi.

3. Tidak banyak saingan dalam pengeluaran jika ada pun daripada segi qualiti minyak banyak pengeluar yang bermasalah dan minyak sukar dijual oleh banyak sebab. Diantara sebabnya ialah tidak mengetahui apa sebenar pemintaan pasaran dan akibatnya qualiti minyak yang terhasil rendah disebabkab minyak hanyit / wax yang tinggi / bau yang tidak konsisten akibat tidak mengawal spesis yang dimasak dalam sesebuah dapur / kandungan air yang tinggi dalam minyak dan banyak faktor lain mempengaruhi permasalahan diatas.

Jangan tabsub dengan pandangan pihak kami. Ambil pandangan sahabat2 kita yang lain dalam industri ini.

Nasihat dan pesanan saya paling penting kepada Yang Ingin Memulakan Pelabuaran Dalam Perladangan Gaharu

1. Buatlah sesuatu itu kerana Allah.

2. Solat Istikharah sebelum buat sesuatu perkara yang penting.

3. Perbanyakkan taubat, doa dan sujud pada Allah.

4. Carilah ilmu sebanyaknya.

5. Perbanyakkan guru dan jangan tabsub pada seorang guru sahaja.

6. Selagi tak jumpa pasaran @ pembeli jangan inokulasi pokok anda.

7. Jika anda gagal perlulah bersabar dan redho diatas ketentuan Allah.

8. Jika sudah berjaya jangan lupa pada tanggungjawap kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

9. Setiap pelaburan yang hanya menjamin keuntungan sahaja tanpa menceritakan kerugian @ keburukan itu RIBA.

Wallahualam

Perkara Yang WAJIB Anda Tahu Sebelum Melakukan Inokulasi Pada Pokok Gaharu

1. WAJIB membuat pendaftaran ladang Gaharu di Pejabat Perhutanan Negeri.

2. WAJIB membuat pendaftaran ladang Gaharu di Pejabat lembaga perindustrian perkayuan Malaysia.

3. WAJIB mempunyai data mengenai tanaman iaitu seperti:-
    a. Lokasi ladang.
    b. Spesis pokok.
    c. Jumlah pokok.
    d. Usia pokok.
    e. Ukuran lilitan batang pokok pada ketinggian 4 kaki daripada pangkal pokok.

5. WAJIB tahu pasaran @ ke mana hasil nanti anda hendak jual.

6. WAJIB tahu apa yang pasaran @ pembeli mahukan sama ada teras bakar @ teras hiasan @ Minyak @ lain².

7. WAJIB tahu dimana tempat hendak proses pokok anda yang sudah Inokulasi sama ada nak jadikan teras bakar @ teras hiasan @ Minyak @ lain².

8. WAJIB tahu teknik dan bahan yang digunakan untuk proses inokulasi pokok anda. Perkara Ini amat penting kerana perbezaan teknik dan bahan Inokulan akan menghasilkan hasil yang berlainan.

9. WAJIB tahu bila masa @ cuaca yang sesuai untuk memulakan proses inokulasi. 10. WAJIB tahu ciri² @ tanda² pokok yang anda Inokulasi itu mula recover @ sedang recover @ sudah recover sepenuhnya.

11. WAJIB tahu bila masa yang sesuai untuk tuai hasil dan bagaimana cara nak menuai hasil.

Jika 11 perkara diatas sudah anda penuhi mengikut turutannya, InsyaAllah proses seterusnya akan mudah dan lancar.

Nasihat dan pesanan saya paling penting kepada sahabat² sekalian:-

1. Buatlah sesuatu itu kerana Allah.

2. Solat Istikharah sebelum buat sesuatu perkara yang penting.

3. Perbanyakkan taubat, doa dan sujud pada Allah.

4. Carilah ilmu sebanyaknya.

5. Perbanyakkan guru dan jangan tabsub pada seorang guru sahaja.

6. Selagi tak jumpa pasaran @ pembeli jangan inokulasi pokok anda.

7. Jika anda gagal perlulah bersabar dan redho diatas ketentuan Allah.

8. Jika sudah berjaya jangan lupa pada tanggungjawap kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

9. Setiap pelaburan yang hanya menjamin keuntungan sahaja tanpa menceritakan kerugian @ keburukan itu RIBA.

Wallahualam

Notis Peringatan Berkaitan Kursus Pembuatan Inokulan

السلام عليكم ورحمة اللّٰه

Notis Peringatan Berkaitan Kursus Pembuatan Inokulan

1. InsyaAllah esok 11 Ogos  2018 Kursus Pembuatan Inokulan akan dijalankan seperti yang dijadualkan.
2. Berikan  nama penuh, alamat ladang dan no kad pengenalan bertujuan rekod Syarikat, Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia & Jabatan Perhutanan.
3. Kursus bermula jam 10.00 am dan akan tamat pada jam 5.00pm.
4. Nota,  makanan tengah hari dan minum petang disediakan.
5. Sila sediakan alat tulis dan buku nota untuk mencatat nota.
6. Sila buat Pembayaran penuh sebelum Kursus dimulakan.

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan, Dikurniakan Rezeki Berlimpah Ruah Daripada Yang Halal Dan Barokah, Diberikan Kesihatan Tubuh Badan, Diberikan Kejayaan Dunia Serta Akhirat Kepada Tuan/Puan.

Sekian,

Wafiqah Agarwood Centre.

Khamis, 2 Ogos 2018

Pati Minyak Gaharu Aquilaria Crassna

Alhamdulillah 15 tolla pati minyak gaharu Aquilaria Crassna siap untuk dihantar kepada Regular Customer daripada Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Terima kasih kerana mempercayai kami dari dahulu hingga kini.

Kepada customer baru, kenalah bersabar menunggu giliran yang makin bertambah. Tak perlulah nak pm untuk mengetahui harganya, satu tolla hanya RM900.00 dan RM275 untuk 1/4 tolla. Harga ini hanya kepada customer yang berurusan terus dengan pihak kami dan promosi harga ini hanyalah sehingga 31 Disember 2018.

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan Kita Semua, Dipermudahkan Rezeki Daripada Sumber Yang Halal Dan Barokah Serta Berada Dalam Lindungan Dan Rahmat Allah.



Jual Beli Kayu Gaharu Di Kota Medan

Alhamdulillah selesai jual beli teras gaharu dan perbincangan membuka kilang memproses pati minyak gaharu serta tempat pengumpulan hasil gaharu di kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia.
Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan Kita Semua,  Dipermudahkan Rezeki Daripada Sumber Yang Halal Dan Barokah Serta Berada Dalam Lindungan Dan Rahmat Allah.


Rabu, 1 Ogos 2018

Kursus Teori Dan Praktikal Pembuatan Inokulan dan Kursus Teori Dan Praktikal Teknik Inokulasi

Pihak Wafiqah Plantation & Services akan mengadakan "Kursus Teori Dan Praktikal Pembuatan Inokulan" pada hari Sabtu 11 Ogos 2018 dan "Kursus Teori Dan Praktikal Teknik Inokulasi" pada hari Sabtu 25 Ogos 2018.

Bertempat di Wafiqah Agarwood Centre Hulu langat Selangor. Masa dari 10am sehingga 5pm. Makan dan minuman serta nota disediakan.

Yuran Sebanyak RM250 Untuk Setiap Peserta Untuk Setiap Kursus. Pembayaran Deposit Sebanyak 50% perlu dibuat sebelum 9 Ogos 2018. Pembayaran boleh dibuat kepada akuan Maybank En Faizul Anuar Bin Yazid. No akuan 164212268931.

Maklumkan sekiranya sudah membuat pembayaran melalui bank kepada En Faizul Anuar Bin Yazid dengan menghantar slip pembayaran.

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan Kita, Dikurniakan Kepada Kita Rezeki Berlimpah Ruah Daripada Yang Halal dan Barokah Serta Diberikan Kejayaan Dunia Akhirat Kepada Kita Semuanya.




Jumaat, 20 Julai 2018

Penghantaran Dapur Gaharu

Alhamdulillah persiapan untuk penghantaran Dapur Gaharu ke kilang Francais kami di Jertih Terengganu.

Khidmat Nasihat Perladangan Gaharu

Alhamdulillah Selesai Memberi Khidmat Nasihat, Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Di Ladang Gaharu Hulu Dong, Raub, Pahang.

Khidmat Nasihat Perladangan Gaharu

Alhamdulillah selesai memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelanggan kami terletak di Khlongthom, Krabi, Thailand.



Penghantaran Anak Pokok Gaharu Aquilaria Malacensis

Alhamdulillah Penghantaran 1100 pokok Aquilaria Malacensis di Shah Alam selesai. Baki pokok hanya tinggal lebih kurang 40 ribu sahaja. Siapa cepat dia dapat.
Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan Kita Semua.



Persiapan Penghantaran Anak Pokok Gaharu Aquilaria Malacensis

Persiapan 1100 pokok Aquilaria Malacensis untuk dihantar ke Shah Alam. Baki pokok hanya tinggal lebih kurang 40 ribu sahaja. Siapa cepat dia dapat.
Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan Kita Semua.




Ahad, 1 Julai 2018

Kursus Pembuatan Inokulan Gaharu Siri Ke 7

Alhamdulillah Selesai Kursus Pembuatan Inokulan Gaharu Siri Ke 7 Pada 30 Jun 2018 Bertempat Di Wafiqah Agarwood Centre.