Jumaat, 10 Ogos 2018

Perkara Yang WAJIB Anda Tahu Sebelum Melakukan Inokulasi Pada Pokok Gaharu

1. WAJIB membuat pendaftaran ladang Gaharu di Pejabat Perhutanan Negeri.

2. WAJIB membuat pendaftaran ladang Gaharu di Pejabat lembaga perindustrian perkayuan Malaysia.

3. WAJIB mempunyai data mengenai tanaman iaitu seperti:-
    a. Lokasi ladang.
    b. Spesis pokok.
    c. Jumlah pokok.
    d. Usia pokok.
    e. Ukuran lilitan batang pokok pada ketinggian 4 kaki daripada pangkal pokok.

5. WAJIB tahu pasaran @ ke mana hasil nanti anda hendak jual.

6. WAJIB tahu apa yang pasaran @ pembeli mahukan sama ada teras bakar @ teras hiasan @ Minyak @ lain².

7. WAJIB tahu dimana tempat hendak proses pokok anda yang sudah Inokulasi sama ada nak jadikan teras bakar @ teras hiasan @ Minyak @ lain².

8. WAJIB tahu teknik dan bahan yang digunakan untuk proses inokulasi pokok anda. Perkara Ini amat penting kerana perbezaan teknik dan bahan Inokulan akan menghasilkan hasil yang berlainan.

9. WAJIB tahu bila masa @ cuaca yang sesuai untuk memulakan proses inokulasi. 10. WAJIB tahu ciri² @ tanda² pokok yang anda Inokulasi itu mula recover @ sedang recover @ sudah recover sepenuhnya.

11. WAJIB tahu bila masa yang sesuai untuk tuai hasil dan bagaimana cara nak menuai hasil.

Jika 11 perkara diatas sudah anda penuhi mengikut turutannya, InsyaAllah proses seterusnya akan mudah dan lancar.

Nasihat dan pesanan saya paling penting kepada sahabat² sekalian:-

1. Buatlah sesuatu itu kerana Allah.

2. Solat Istikharah sebelum buat sesuatu perkara yang penting.

3. Perbanyakkan taubat, doa dan sujud pada Allah.

4. Carilah ilmu sebanyaknya.

5. Perbanyakkan guru dan jangan tabsub pada seorang guru sahaja.

6. Selagi tak jumpa pasaran @ pembeli jangan inokulasi pokok anda.

7. Jika anda gagal perlulah bersabar dan redho diatas ketentuan Allah.

8. Jika sudah berjaya jangan lupa pada tanggungjawap kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

9. Setiap pelaburan yang hanya menjamin keuntungan sahaja tanpa menceritakan kerugian @ keburukan itu RIBA.

Wallahualam

Tiada ulasan: